Ismail Portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kod & Etika

Go down

Kod & Etika Empty Kod & Etika

Post  Admin Sat May 17, 2008 9:18 pm

BAHAGIAN 1: MUQADDIMAH

Dokumen ini dinamakan Kod Etika forum ismailportal.forumakers.com. Adalah dinasihatkan semua pengunjung dan ahli ismailportal.forumakers.com terlebih dahulu membaca dan memahami Kod Etika Forum demi untuk keharmonian perjalanan forum dan perbincangan dalam ismailportal.forumakers.com.

BAHAGIAN 2 : TAFSIRAN

Di dalam dokumen ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:-

2.1 "ismailportal.forumakers.com" ialah laman forum internet yang menggunakan web browser untuk diakses.
2.2 "Ahli" ialah sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai ahli dengan mengisi Borang Pendaftaran online.
2.3 "Penulis" ialah ahli yang menulis sesuatu mesej di mana-mana forum, samada sebagai pemula atau pun penjawab topik.
2.4 Pentadbir ialah individu yang berkuasa penuh dalam mengurus laman ismailportal.forumakers.com dan perjalanan laman web.
2.5 "Pengendali" ialah individu dari kalangan ahli yang dilantik oleh pengurusan sebagai moderator di sesuatu forum.
2.6 "Urusetia" ialah ialah individu yang dilantik oleh pentadbir ismailportal.forumakers.com dari kalangan ahli untuk memilih, menyaring, mengedit hasil tulisan ahli untuk dipaparkan di Laman ismailportal.forumakers.com.
2.7 "Pengurusan ismailportal.forumakers.com" ialah merangkami pentadbir, pengendali, urusetia dan webmaster, yang menguruskan perjalanan laman web ismailportal.forumakers.com.
2.8 "Imej" ialah sebarang gambar yang berada di internet, yang terdiri dari format jpg, jpeg, bmp, gif, png dan yang seumpama dengannya.
2.9 "URL" ialah Universal Resource Locator, iaitu alamat sesuatu bahan internet.

BAHAGIAN 3 : PENGENALAN

3.1 Kod etika ini adalah garis panduan perbincangan di forum ismailportal.forumakers.com. Ia dirangka sebagai satu kaedah mencapai matlamat utama ismailportal.forumakers.com, iaitu :
3.1.1 ismailportal.forumakers.com sebagai medan perhubungan pelbagai hala untuk mempertingkatkan silaturrahim sesama ahli khususnya dari kalangan pelajar & bekas pelajar En. Ismail.
3.1.2 ismailportal.forumakers.com sebagai landasan bertukar pendapat dan maklumat berkaitan subjek yang berkaitan.

3.2 Kod etika ini juga berfungsi sebagai agen pemantau bagi mempastikan perbincangan di forum ini berlangsung di dalam suasana harmoni dan baik. Kod etika ini boleh dipinda, ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan dan kesesuaian dari masa ke semasa.

3.3 Semua penulisan dan pendapat yang ditulis di ismailportal.forumakers.com adalah pendapat peribadi penulis berkenaan. Pengurusan ismailportal.forumakers.com adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh mana-mana penulis di dalam penulisan mereka. Laman web forum ismailportal.forumakers.com tidak boleh dijadikan tempat rujukan muktamad.

3.4 Ahli yang menulis atau meletakkan sebarang objek termasuk imej, URL, smiley dan sebagainya di ismailportal.forumakers.com diingatkan supaya berfikir dan berhati-hati dengan setiap apa yang ditulis atau diletakkan di sini untuk menjaga sensitiviti ahli ismailportal.forumakers.com.

3.5 Semua ahli diminta tidak sewenangnya memberikan jawapan dan pendapat kepada mana-mana persoalan, berdasarkan kepada sangkaan dan pendapat peribadi tanpa merujuk kepada mana mana pendapat muktabar yang diterima. Oleh itu sikap berhati-hati saudara semua adalah amat diperlukan dan dihargai.

3.6 Sejajar dengan matlamat yang digariskan di atas, mana-mana tajuk atau pendapat yang ditulis atau imej atau URL yang diletakkan di mana-mana ruangan bicara ismailportal.forumakers.com, melainkan diberitahu atau dinyatakan sebaliknya, yang difikirkan atau diputuskan oleh pengurusan ismailportal.forumakers.com, sebagai bertentangan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah, akan diputuskan sebagai tindakan yang bercanggah dengan etika komunikasi dan penulisan ismailportal.forumakers.com.

4.2 - AKHLAK DAN ADAB

4.2.1 Ahli ismailportal.forumakers.com diminta menggunakan id/nickname yang tidak membawa maksud atau mempunyai makna yang buruk dan ada kaitan dgn yg batil dan memberikan imej yang tidak sesuai dgn suasana ismailportal.forumakers.com. Bagi mana-mana "nickname" yang tidak sesuai pada pandangan Pengurusan ismailportal.forumakers.com, pemilik nickname tersebut akan dinasihatkan untuk memilih nama lain. Pentadbir berhak untuk membuang,mengubah nickname tersebut dengan serta merta.

4.2.2 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang membawa sebarang topik atau perbincangan politik kepartian yang menjurus kepada hina-menghina dan cabar-mencabar yang memungkinkan timbulnya sikap permusuhan, perasaan kecil hati, pemutusan silaturrahim, tuduh-menuduh dan sebagainya. Sekiranya tajuk tersebut diutarakan juga maka pihak pengurusan ismailportal.forumakers.com berhak untuk membuangnya dari forum tersebut. Pentadbir dan Pengendali tidak akan berkompromi dalam bab ini

4.2.3 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang berbunyi atau berniat atau berbau atau membawa pengertian perkauman.

4.2.4 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud, membawa maksud atau melibatkan sikap merendah-rendahkan sesuatu golongan, individu atau kedua-dua entiti tersebut. Golongan atau individu yang dimaksudkan termasuklah kaum wanita, kumpulan-kumpulan tertentu seperti orang cacat, orang buta, kanak-kanak istimewa atau yang seumpama dengannya.

4.2.5 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, frasa, perkataan, imej atau URL yang berunsurkan seksual yang mungkin membawa dua maksud atau menjadikan perempuan atau lelaki sebagai simbol, elemen, objek nafsu dan seks atau merendahkan martabat kaum wanita atau lelaki, atau yang membawa maksud yang seumpama dengannya.

4.2.6 Ahli ismailportal.forumakers.com dinasihatkan meletakkan tajuk atau penulisan dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan adab masyarakat Malaysia. Penggunaan kata-kata kasar, kesat, celupar, menghina atau yang seumpama dengannya adalah dilarang. Ahli ismailportal.forumakers.com adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala tajuk dan perbincangan sentiasa dibina diatas rasa ukhuwah, kasih mesra dan sopan santun.

4.2.7 Ahli ismailportal.forumakers.com dinasihatkan agar berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam bergurau atau berjenaka.

4.3 - SUMBER DAN HAKCIPTA PENULISAN

4.3.1 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah bertanggungjawab untuk mempastikan segala penulisan dan penyebaran maklumat di ismailportal.forumakers.com diambil daripada sumber yang sahih dan bukan berdasarkan khabar angin, tekaan atau sumber maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

4.3.2 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang meletak sebarang topik, penulisan, imej atau URL yang merujuk, menerangkan, menggambarkan atau seumpama dengannya, yang melibatkan perbuatan yang bercanggah dengan prinsip hakcipta dan harta intelek, atau yang melibatkan aktiviti spamming, penggodaman (hacking), Denial of Service (DoS), penyebaran virus, worm, trojan,flooder dan seumpamanya.

4.3.3 Penulis adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa yang ditulisnya. Bagi mana-mana maklumat dan rujukan yang diambil daripada sumber dan/atau laman web selain dari di ismailportal.forumakers.com, penulis adalah diminta menyertakan nama sumber dan/atau URL atau link kepada artikel yang diambil, sebagai satu cara pengiktirafan dan menghormati hak empunya sumber asal.

4.3.4 Ahli ismailportal.forumakers.com juga dinasihatkan menyatakan sumber rujukan bagi sesuatu pendapat yang disalin semula dari mana-mana kitab atau bahan bacaan. Ini adalah sebagai satu pengiktirafan dan juga menghormati akan hak empunya sumber asal.

4.3.5 Sekiranya penulis tidak meletakkan apa-apa nama sumber, URL atau link di dalam tulisannya, secara sendirinya tulisan itu adalah dianggap hasil tangan penulis berkenaan, dan dengan itu penulis adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa implikasi yang mungkin timbul atau akan timbul ekoran daripada penulisan tersebut, termasuk tanggungjawab untuk menjelaskan, mempertahankan dan jika perlu, mengubah tulisan itu.

4.3.6 Selaras dengan ini juga, sebarang pengambilan rujukan, artikel atau seumpama dengannya daripada laman ismailportal.forumakers.com, yang diletakkan atau disebarkan ke mana-mana media, perlu dinyatakan sumbernya sebagai daripada ismailportal.forumakers.com.

4.4 - AKTIVITI DAN PENGGUNAAN NAMA ismailportal.forumakers.com

4.4.1 Ahli ismailportal.forumakers.com tidak dibenarkan meletak, menulis atau mengiklan sebarang perkara yang membawa maksud aktiviti atau anjuran aktiviti, di dalam mana-mana forum khusus tanpa memperolehi kebenaran daripada pengendali/pentadbir forum berkenaan. Kebenaran daripada pengendali/pentadbir boleh diperolehi sama ada melalui emel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Pengendali forum berkenaan adalah berhak untuk memberikan kelulusan atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan kepada pengurusan ismailportal.forumakers.com.

4.4.2 Ahli ismailportal.forumakers.com tidak dibenarkan meletak, menulis atau mengiklan apa-apa aktiviti atau kegiatan yang membawa maksud pungutan wang, untuk apa-apa tujuan, tanpa kebenaran pengendali sesuatu forum. Kebenaran daripada pengendali boleh diperolehi sama ada melalui emel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Pengendali forum berkenaan berhak untuk memberikan kelulusan atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan kepada pengurusan ismailportal.forumakers.com.

4.4.3 Ahli ismailportal.forumakers.com tidak dibenarkan merancang, mengelola, menganjur atau mengurus apa-apa aktiviti peribadi atau rasmi, sama ada secara virtual atau realiti, yang menggunakan ruangan atau nama ismailportal.forumakers.com tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pengurusan ismailportal.forumakers.com.

4.4.4 Pengurusan ismailportal.forumakers.com boleh dihubungi melalui pengendali forum, sama ada melalui emel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Pengendali berkenaan akan menghubungi pengurusan ismailportal.forumakers.com, yang mana setelah mengadakan perbincangan, berhak untuk melulus atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan semula kepada pengurusan ismailportal.forumakers.com.

4.5 UMUM

4.5.1 Ahli ismailportal.forumakers.com adalah dilarang meletakkan sebarang topik, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud mengajak perbincangan untuk mempertikaikan perkara-perkara yang melibatkan isu sensitiviti perkauman

4.5.2 Ahli ismailportal.forumakers.com diminta tidak mencampurkan perbincangan kosong di dalam topik-topik yang sedang diperbincangkan. Ahli ismailportal.forumakers.com dinasihatkan untuk menghormati sesuatu majlis perbincangan dan berlaku adil kepada ahli lain yang sedang berbincang di situ.

4.5.3 Ahli ismailportal.forumakers.com diminta untuk mempastikan segala pembukaan topik baru dibuat pada sub forum bicara yang bersesuaian. Mana-mana topik yang kurang sesuai dengan sesuatu bicara akan dipindahkan oleh pengendali ke bicara lain yang lebih sesuai.

4.5.4 Ahli ismailportal.forumakers.com diminta tidak menggunakan huruf besar dalam kesemua perkataan yang digunakan atau mencampurkan huruf besar dan kecil dalam sebarang penulisan.

4.5.5 Ahli ismailportal.forumakers.com diminta tidak meletakkan imej bersaiz besar (panjang x lebar) atau berat (kilobyte) atau banyak imej-imej kecil yang sama, yang akan memperlahankan paparan topik dan mengganggu keselesaan ahli lain.

BAHAGIAN 5 : TINDAKAN

5.1 Mana-mana tajuk atau komen yang ditulis atau imej atau URL yang diletakkan di ismailportal.forumakers.com, melainkan diberitahu atau dinyatakan sebaliknya, yang difikirkan atau diputuskan oleh pengurusan ismailportal.forumakers.com atau pengendali forum atau kedua-dua entiti, bertentangan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, akan diputuskan sebagai tindakan yang bercanggah dengan etika komunikasi dan penulisan ismailportal.forumakers.com.

5.2 Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pengurusan ismailportal.forumakers.com atau pengendali forum atau kedua- dua entiti adalah mengikut garis turutan berikut:

5.2.1 Ahli ismailportal.forumakers.com terbabit akan diberikan peringatan, teguran atau nasihat sama ada secara posting umum atau melalui kotak pm agar tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Mana-mana tajuk, penulisan atau imej yang bercanggah dengan etika ini akan diubahsuai atau dibuang.
5.2.2 Ahli ismailportal.forumakers.com terbabit akan diberikan peringatan kali kedua yang lebih tegas agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan. Mana-mana tajuk, penulisan atau imej yang bercanggah dengan etika ini akan diubahsuai atau dibuang.
5.2.3 Ahli ismailportal.forumakers.com terbabit akan diberikan peringatan kali ketiga dan penulisannya akan dibuang dari forum.
5.2.4 Ahli ismailportal.forumakers.com terbabit akan diberikan peringatan kali keempat dan topik berkenaan akan dikunci atau dibuang. Disamping itu, ahli ismailportal.forumakers.com tersebut juga akan dilarang dari menggunakan sebarang forum diskusi ismailportal.forumakers.com. Nickname ahli bicara tersebut juga akan disenaraihitamkan.
5.2.5 Ahli ismailportal.forumakers.com juga boleh disenaraihitamkan dengan serta merta mengikut suasana dan keadaan semasa bergantung kepada isi posting yang dihantarkan ke ismailportal.forumakers.com.

5.3 Tindakan-tindakan yang diambil akan disertakan dengan pesanan dan nasihat yang bersesuaian.
5.3.1 Bagi kes-kes tertentu, pengurusan ismailportal.forumakers.com dan/atau pengendali adalah berhak melaksanakan budi bicara untuk tidak mengikut garis turutan di atas, bagi melindungi kepentingan ahli ismailportal.forumakers.com dan kepentingan laman ismailportal.forumakers.com.

BAHAGIAN 6 : PENUTUP

6.1 Segala yang berkaitan dengan Etika ismailportal.forumakers.com di atas adalah semata-mata bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian objektif ismailportal.forumakers.com.

6.2 Di atas segala kerjasama yang anda berikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Penyertaan anda di ismailportal.forumakers.com adalah sesuatu yang amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 222
Registration date : 2008-05-17

https://ismailportal.forumakers.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum